Thursday, July 30, 2009

motivasi anak cara positif



Buku ini merupakan sebuah lagi hasil nukilan Tengku Asmadi yang sangat berkualiti.
Ingin cikgu sentuh disini berkenaan satu isu yang diutarakan, doa seorang ibu.
Diceritakan ada seorang ibu yang telah cuba sedaya upaya untuk mengubah anaknya. Sudah berbuih mulut menegur, sudah letih cuba mengubah anaknya. Hantar ke kem motivasi, bagi minum air jampi pendek kata berbagai usaha dan tak terkira wang yang mengalir demi melihat anaknya berubah sikap. Hati si ibu remuk apabila menangkap anaknya ponteng dan bersuka ria di cyber cafe.
Ketika sampai di rumah, si anak menyiapkan diri untuk mendengar leteran si ibu, marahan dan keluhan si ibu. Tetapi si ibu terlalu sedih sehingga berlalu tanpa kata, berwudhuk, masuk ke bilik dan bersolat. Di dalam doanya yang panjang dan penuh syahdu dia meminta agar Allah mengubah hati anaknya. Anaknya yang berasa hairan mengapa ibunya meninggalkannya terpinga - pinga di ruang tamu dan tidak memarahinya seperti biasa pergi mencari ibunya. Ketika menghampiri ibunya yang sedang sujud, dia mendengar ibunya mendoakannya dalam esakan yang penuh harapan dan kasih sayang. Hati anak mana yang tidak lebur dan sejurus air matanya menitis lalu terus mengemis keampunan dari ibunya. Selepas peristiwa tersebut, anak tersebut terus berubah dan akhirnya mendaki puncak kejayaan.

Bahagian ini benar2 membuatkan cikgu tersentak. Bukan tidak tahu, bukan tidak lakukan cuma kadangkala kurang penghayatan. Kadangkala akibat rasa marah, tak sedar terbit rasa benci. Kadangkala kita terlalu berfikir untuk mengubah dan bertarung ego sehingga terlupa mendoakan. Menunjukkan rasa kasih. Buat anak2, sedarlah doa ibu itu keramat. bahagiakanlah hati seorang ibu kerana cikgu berani jamin kamu pasti merasai nikmat yang menenangkan..

No comments:

Post a Comment