Thursday, October 15, 2009

empat alasan

mengapa kamu tidak boleh berasa rendah diri dan bersedih:

1. Orang yang paling mulia ialah mereka yang paling taqwa, bukan kaya, cantik dan bergaya
2. sebaik - baik kekayaan ialah kaya hati
3. Hanya kemuliaan ilmu dan akhlak letaknya kekuatan sebenar peribadi
4. manusia yang berfikiran positif sahaja yang paling bergaya dan hebat


Dipetik daripada buku JOM akhlak (Jalan Orang Mukmin) nukilan juanda jaya. pustaka yamein

Wednesday, October 14, 2009

Kisah Bilal Tua



Sewaktu membelek - belek buku Kemanisan beribadah nukilan Imam Al Ghazali, cikgu teringat kepada seorang hamba Allah yang banyak manfaatnya pada orang lain. Besar rahmatnya cikgu ditemukan dengan lelaki ini. Seorang lelaki tua yang bersemangat waja. Walaupun umurnya telah mencecah 70 tahun lebih, pada kami dia masih kuat dan bersemangat berbanding anak - anak muda kebanyakan. Setiap pagi seawal 5 pagi dia sudah menggunakan kudrat tuanya menolak daun pintu yang tersergam indah. Masjid Al malik Khalid Universiti Sains Malaysia.Seringkali dia menasihati anak muda agar tetap dalam iman dan ibadah. Tidak jemu bertanya jika seseorang individu itu jarang dilihat berjemaah di masjid kebelakangan masa tersebut. Ada yang tidak dapat menerima tegurannya kerana tidak selesa dengan caranya yang agak kasar kerana memang budaya masyarakat mamak iaitu keturunan india muslim berbahasa sedikti kasar. Setiap hari menjelang subuh pasti kedengaran suaranya melaungkan "Allah hu Akhbar!! Allah hu Akhbar!! Vokalnya tidak segah Faizal Tahir, Tidak mendayu seperti Lah V.E. Tapi suara itulah yang melaungkan kalimah suci itu setiap hari tanpa jemu. Dialah pak adam Siak masjid USM, tanpanya masjid USM pasti hilang sebelah kaki!!

Seringkali dia menasihati cikgu mengerjakan solat malam. Supaya kuat berhadapan dengan dugaan. Dia ingatkan cikgu, masalah Allah yang beri, mintalah dia yang beri jawapan. Petunjuk. Ujian Allah itu adalah tanda Allah sayang, mahu mengangkat darjat kita. Mungkin pada pandangan manusia darjat kita sedikit tercalar, tapi apa sangatlah pandangan manusia dibandingkan dengan pandangan Allah.. Pak Adam meminta cikgu melaungkan adzan jika ada kelapangan. Sewaktu itu cikgu rasa berbelah bagi. Layakkah aku menjadi bilal untuk ma'mum yang hebat - hebat, para tahfiz dan orang - orang yang belajar ilmu al quran. Bolehkan cikgu mengawal hati agar boleh betulkan niat, adzan untuk mendapat keredhaan Allah semata - mata bukannya pujian orang, bukannya nak tunjuk suara cikgu lebih sedap. Pitching cikgu lebih tinggi. Bolehkah?? Tapi atas desakan dan pujuk rayu, akhirnya cikgu cuba walaupun pelbagai keresahan bersarang di hati.
Alhamdulillah, Allah benar2 tunjuk secara jelas pada cikgu. semua masalah cikgu selesai.. berakhir kadangkala tanpa cikgu sangka. Malam ini, sewaktu membelek buku kemanisan beribadah, cikgu terjumpa satu ayat, janji Allah SWT " Dan siapakah yang lebih indah perkataannya dari orang yang menyeru ke jalan Allah dan mengerjakan kebaikan."

Cikgu benar2 rindu untuk mendengar laungan adzan pak Adam lagi.. Dan dirinya tetap menjadi salah seorang sumber inspirasi cikgu. Ingin mencontohi semngatnya. Ingin menjadi sekental dirinya. Ingin menjadi istiqamah seperti dia... yang sentiasa tersenyum.. dan terus menyinari hidup orang lain dengan suaranya walaupun sumbang, dengan tenaganya walaupun tua dan dengan peribadinya yang mulia.... Ameen...

Monday, August 3, 2009

Jamuan pusat sumber smkap 2009



Jamuan pusat sumber smkap diadakan secara kejutan oleh pengawas pusat sumber bagi menyambut kepulangan cikgu Rosman selaku guru penyelaras media setelah berkursus selama sebulan di IPG Tuanku Bainun. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan dan setinggi - tinggi syukur kehadrat Illahi kerana dikurniakan nikmat ini, kasih sesama insani.

Thursday, July 30, 2009

motivasi anak cara positif



Buku ini merupakan sebuah lagi hasil nukilan Tengku Asmadi yang sangat berkualiti.
Ingin cikgu sentuh disini berkenaan satu isu yang diutarakan, doa seorang ibu.
Diceritakan ada seorang ibu yang telah cuba sedaya upaya untuk mengubah anaknya. Sudah berbuih mulut menegur, sudah letih cuba mengubah anaknya. Hantar ke kem motivasi, bagi minum air jampi pendek kata berbagai usaha dan tak terkira wang yang mengalir demi melihat anaknya berubah sikap. Hati si ibu remuk apabila menangkap anaknya ponteng dan bersuka ria di cyber cafe.
Ketika sampai di rumah, si anak menyiapkan diri untuk mendengar leteran si ibu, marahan dan keluhan si ibu. Tetapi si ibu terlalu sedih sehingga berlalu tanpa kata, berwudhuk, masuk ke bilik dan bersolat. Di dalam doanya yang panjang dan penuh syahdu dia meminta agar Allah mengubah hati anaknya. Anaknya yang berasa hairan mengapa ibunya meninggalkannya terpinga - pinga di ruang tamu dan tidak memarahinya seperti biasa pergi mencari ibunya. Ketika menghampiri ibunya yang sedang sujud, dia mendengar ibunya mendoakannya dalam esakan yang penuh harapan dan kasih sayang. Hati anak mana yang tidak lebur dan sejurus air matanya menitis lalu terus mengemis keampunan dari ibunya. Selepas peristiwa tersebut, anak tersebut terus berubah dan akhirnya mendaki puncak kejayaan.

Bahagian ini benar2 membuatkan cikgu tersentak. Bukan tidak tahu, bukan tidak lakukan cuma kadangkala kurang penghayatan. Kadangkala akibat rasa marah, tak sedar terbit rasa benci. Kadangkala kita terlalu berfikir untuk mengubah dan bertarung ego sehingga terlupa mendoakan. Menunjukkan rasa kasih. Buat anak2, sedarlah doa ibu itu keramat. bahagiakanlah hati seorang ibu kerana cikgu berani jamin kamu pasti merasai nikmat yang menenangkan..

Sunday, July 26, 2009

Tahniah dan teruskan usaha



Ketika melayari eduwebtv.com iaitu webtv rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, cikgu tersentak kerana melihat pelajar sekolah kita, SMK Alor Pongsu dari kelas 2A5, Abdul Aziz bin Omar ditemuramah dalam satu program kesihatan negeri pulau pinang. Tambah membanggakan, Abdul Aziz juga merupakan pengawas pusat sumber smkap. Diharap dapat terus mengharumkan nama sekolah dan mengimbangkan kedua - dua belah sisi, akademik dan kokurikulum.

Dibawah ini cikgu masukkan video yang telah diedit dan hanya klik pada butang play untuk mainkan video.


Saturday, July 25, 2009

Motivasi alihan pelajar



Harga : RM 17.50

Cikgu tertarik dengan bahagian Kegagalan pada mukasurat 32. Kegagalan dan kesilapan memberikan kita pengalaman. Berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pemerhatian cikgu, ramai di antara kita yang takut buat silap. Kita dididik dengan prinsip, buat silap mesti dihukum. Buat silap itu kebodohan. Buat silap itu pembaziran. Buat silap itu kegagalan. Sehingga ada yang mula diresapi perasaan perfectionist. Kita tak mahu silap, mahu semuanya sempurna. Memanglah itu lumrah kehidupan. Tetapi, akibat prinsip ini, kita takut untuk memulakan. Takut mencuba. Jadi, kita mengambil sikap tunggu dan lihat.
Sebab itu ramai pelajar bila disuruh buat soalan, mesti nak rujuk buku. Kalau tak bagi buka buku, dia tunggu la diberi jawapan.. bila kita cuba jawab wsalaupun salah, kita belajar. Kita bina pengalaman. Kita dah uji dan dapat kepastian kita dah kuasai bahagian tersebut ataupun tidak..
Jadi, untukpelajar yang bakal menduduki spm dan PMR, cikgu syorkan buatlah soalan yang sebanyak yang mungkin. jangan buka buku. jangan tengok jawapan. dah habis buat baru semak jawapan.
Masa itu emas, jadi janganlah dibazirkan. Gunakanlah peluang yang ada selagi ada..

Saturday, July 18, 2009

Jiwa muda



Humor itu perlu dalam membentuk minda yang kreatif

Harry Potter and the Half Blood Prince



Title : Harry Potter and the Half Blood Prince
Writer : JK Rowling
Price : RM 39.90
768 pages
By : Mr Rosman

P/S : Whoever want to borrow this book, you can ask it from me. I'm willing to lend it to you but just make sure it still in it's original condition when you give it back to me.
kepada sesiapa yang berkeinginan meminjam buku ini, boleh berjumpa dengan saya. Diingatkan, tolong jaga buku ini dengan baik dan hendaklah dipulangkan dalam keadaan yang asal.
Perhatian : Cikgu hanya memiliki buku versi bahasa inggeris sahaja.

Sinopsis :
Tahun keenam harry di Hogswart bukanlah semakin mudah. Siri harry potter ini mengambil sisi yang lebih gelap dengan keadaan yang semakin menekan. Dark Lords semakin berani mengorak langkah. Draco malfoy terpaksa menanggung kesilapan ayahnya dan mendapat tugasan rahsia daripada Dark Lord aka Voldermot. Apakah tugasan rahsia itu? Malfoy perlu mencari jalan untuk membuka satu portal supaya kumpulan Death Eaters dapat menyerang Hogwarts dan seterusnya membunuh Hogwarts headmaster, Dumbledore.
Harry potter mula mengenali half blood prince iaitu Voldermot daripada memori yang disimpan oleh Dumbledore. Setelah memahami apa itu Horcruxes, misi untuk menghancurkan horcruxes milik voldermot bermula. Di sinilah kemuncak kisah ini apabila perjalanan harry dan dumbledore memusnahkan horcruxes voldermot menjadi bertambah sukar dan akhirnya salah seorang dari mereka terpaksa mengorbankan diri. Ingin tahu dengan lebih lanjut, baca novel ini..

note: Filem adaptasi novel ini telah berada di pawagam. Tetapi daripada pengalaman cikgu, novel dan filem mempunyai komposisi dan impak yang sangat berbeza.. Filem tidak mampu menceritakan perkara2 kecil kerana kekangan durasi. Banyak yang terpaksa dipotong kerana mahu mencukupkan masa. Novel mampu menyampaikan seterusnya membelai perasaan. Tak terkejut jika air mata menitis jika kita membaca dan menghayati sebuah novel yang berkualiti.

Maklumat aurat


Kita semua belajar tentang hukum - hakam. Kita mengaku kita islam dan tahu mana yang islam benarkan dan yang mana islam larang. Tapi saya pernah di provokasi oleh Dr Daniel (yang selalu keluar TV9 tu), kamu kata solat itu wajib. Mana dalil kamu yang menyatakan solat 5 waktu itu wajib? Kalau muslimah pula, "sebut pada saya, ayat mana dalam al quran yang mewajibkan kita menutup aurat?". waktu tu baru la rasa terkial2 dan malu sebab sebagai seorang islam kita sendiri tak boleh jawab hukum yang kita sendiri pegang.. tak boleh kemukakan bukti.. macam mana kita nak meyakinkan orang lain? Cukup kuatkah pegangan kita atau itu tanda kita ni taklik semata - mata?
Bila sentuh tentang aurat, ada anak2 kita yang berani jawab, "alah, kalau bertudung litup tapi perangai jahat tak guna juga. Kami tak bertudung tapi kami solat tau!"
Ok, memanglah, sekurang2 bila menutup aurat kamu telah menunaikan satu amanah Allah.
Teringat kata2 provokasi naqib semasa usrah di USM dulu,
'solat, puasa, haji dan zakat itu tanggungjawab kita pada Allah. Apa pula tanggungjawab kita pada Islam??? Fikir2kanlah..

Di sini cikgu lampirkan brosur berkenaan cara - cara menutup aurat bagi para pelajar perempuan. Sila klik pada gambar untuk besarkan saiz.
Ingatlah, menutup aurat itu satu kewajipan, bukan pilihan. Bukan bermusim. Bukan ikutan. jangan di sekolah aje bertudung bertutup. Depan rumah, meronda naik motor rambut mengerbang. Dada terserlah. Bentuk badan ditayang.
Kualiti seorang wanita muslim itu terletak pada perasaan malunya..

Memoir seorang guru


Judul Buku : Memoir seorang Guru

karya : Azizi Hj Abdullah
http://aziziabdullah.blogspot.com/2007/11/memoir-seorang-guru.html

Buku ini sangat sesuai dibaca oleh guru - guru dan juga yang bakal bergelar sebagai guru.

Watak utama adalah seorang ustaz yang telah bersara. Cerita bermula apabila anak gadis ustaz ini menyuarakan hasratnya untuk bekerja sebagai seorang guru. Si ayah sangat tidak bersetuju dengan kehendak anak gadisnya. Bermula dari sinilah si ayah mula menyelongkar kenangan silam, asam garamnya sebagai seorang guru. Cerita ini banyak menggunakan teknik imbasan dan si ayah seolah - olah sedang berbicara kepada anak gadisnya walaupun pada hakikatnya dia berbicara pada dirinya sendiri.
Kekeliruan membentak dalam hatinya, adakah dia benar2 ikhlas menjadi seorang guru atau hanya menjadi pekerja yang makan gaji. Isu keberkatan dikupas sebagai isu utama dalam novel ini.
Watak ustaz ini merupakan seorang yang pemarah, menilai pelajar berdasarkan fizikal, dan memandang mereka dengan penuh kebencian, bukan tidak ada pandangan kasih. Tetapi kadangkala situasi menjadikan beliau tidak mampu.

Memoir Seorang Guru mengisahkan seorang ustaz yang cukup berkeras melarang anak gadisnya bernama kamariah menceburi bidang perguruan kerana baginya bidang tersebut tidak mendatangkan keberkatan dan jauh sekali untuk mencapai tahap kemurabbian. Ini semua adalah disebabkan beliau tidak mahu anaknya mengikuti apa yang telah dilaluinya sepanjang mencurahkan ilmu kepada anak-anak bangsa.

Novel ini disusun dengan begitu baik sekali sehingga pembaca tidak terkeliru dengan latar masa yang dipersembahkan. Penulis menggunakan teknik imbasan yang begitu berkesan dalam menceritakan pengalaman ustaz mendidik setiap watak anak muridnya yang berbeza. Bermula dengan kisah Mat yang tercucuk selumbar kayu sehingga ditembak mati oleh ayahnya sendiri akibat tidak mahu Mat tersiksa menanggung kesakitan. Permulaan kisah ini diibaratkan oleh ustaz sebagai masyarakat yang tidak celik dan mundur sehingga beliau tidak ingin bertanggungjawab dalam masyarakat sebegini.

Kemudian pembaca dibawa menghayati kebencian ustaz kepada anak-anak muridnya yang mempunyai pelbagai ragam dan kisah yang mengundang simpati seperti kisah Sakinah yang bermata juling, kisah Mihad yang suka menangkap katak untuk dijadikan umpan haruan, kisah Alias yang tercedera telinganya akibat ditampar oleh ustaz serta kisah Mohd.Dhuha yang rajin mengerjakan solat sunat Dhuha dan meninggal akibat ditabrak kereta.

Penceritaan novel ini berakhir apabila ustaz yang sedang dalam perjalanan ke Johor untuk menemui Kamariah yang lari dengan menumpang di rumah pak cik selepas tiadanya kata putus daripadanya. Klimaksnya apabila ustaz menghadapi kemalangan dalam perjalanan tersebut. Sama ada ustaz masih hidup atau tidak, pembaca harus mendapatkan buku ini untuk mengetahui epilognya.

Sesungguhnya, novel ini cukup berkesan dalam menyampaikan peranan seorang guru melahirkan insan yang berguna. Ketika membaca novel ini, mengingatkan saya kepada para guru ketika bersekolah dahulu. Tanpa mereka, tidak mungkin saya dapat berdiri di mana berada sekarang. Semoga semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya mencapai tahap kemurabbian dalam hidup mereka.


Sinopsis belakang buku:


Bukan aku hina profesion pilihannya. Dan, bukan aku benci pilihannya itu. Dia tidak faham... walaupun mewarisi profesionku, ia bukan kebanggaanku. Malah aku tidak merestuinya. Namun dia tetap dengan pendiriannya. sikap & kemahuannya cukup keras sekali.


Ya ALLAH apalah dayaku utk menegahnya daripada meneruskan cita2 itu. Aku semakin dipanjat usia, namun kedegilannya membuatkan aku dilanda stres dan halimunan yg tidak berkesudahan.


Perlukah aku meluahkan apa yg pernah kurasai selama ini? Adakah dia akan mengerti aku membantah?


"Anakku... masakan engkau akan faham jika buktinya tidak diketahui? Namun, mahukah engkau dengar apa yg pernah bapa rasai dan alami sepanjang bapa menjadi guru?"


Kekesalan itu sering menghantui diriku. Aku ingin menjadi murabbi yg dipandang mulia dgn keberkatan profesionku. Tapi perasaan itulah yg sering datang dlm usaha aku menghapuskannya jauh dari sanubari ini. Ya TUHAN... ampunilah aku...


Memoir Seorang Guru... diwarnai dengan pelbagai gejolak rasa yg menyentuh perasaan. Padat dgn mesej yg tersirat utk dijadikan renungan bersama.


RM13.00
300 mukasurat
isbn: 9789831243152

Friday, July 17, 2009

Teknik Bijak Belajar bhg 1


Tajuk : Teknik Bijak Belajar 9A SPM
Pengarang : Dr Shukri Abdullah
Penerbit : Eastview 1998
Oleh : Cikgu Rosman

Otak manusia ibarat super computer. Menurut fakta dunia Utusan Malaysia 12 Oktober 1996, "Keupayaan simapanan otak manusia ialah 125.5 trillion ingatan, iaitu 10,000 kali ganda maklumat yang terdapat di dalam Encyclopedia Britannica".

Tapi kenapa kita masih terlupa?

Manusia dikatakan makhluk terbaik dan kita adalah umat yang terbaik. Benarkah dakwaan tersebut?

Mari kita buat perbandingan. Otak lebah cuma sebesar seketul garam. (pernah pegang atau tengok seketul garam?) dan mempunyai 7000 neuron (neuron adalah sel saraf otak yang utama). Dengan otak itulah, lebah dapat mengawal petak pemprosesan madu, menghitung jarak, mengesan perubahan paling kecil dalam cahaya, bunyi, bauan dan sentuhan. Otak berkenaan juga dapat selaraskan dengan teliti dan tepat setiap pergerakan otot, mengawal fungsi organ - organ tubuh dan pelbagai aktiviti lain. Dengan otak itu (yang kecil sebesar garam!) lebah mampu menghasilkan madu yang membpunyai bentuk yang sangat menarik.

Bayangkan pula otak manusia. Kita mempunyai 10,000,000,000,000 neuron, bandingkan pula dengan 7000 neuron lebah.

Terbukti, kita memang telah diberi anugerah otak yang sangat hebat berbanding lebah dan haiwan lain. Setiap orang menerima anugerah ini... lebah berjaya hasilkan madu yang bermutu tinggi.. bagaimana pula dengan diri kita yang hebat ini???

Koreksi diri, baiki peribadi...

Friday, July 10, 2009

Pusat Sumber SMKAP


Macam - macam ada di pusat Sumber
Kepada para pelajar SMK Alor Pongsu,
jom kita berkunjung ke pusat sumber
kerana bermacam - macam maklumat
boleh didapati di Pusat Sumber.

Gambar menunjukkan arah menuju ke pusat sumber. paling mudah adalah menggunakan tangga bahagian ini. Pusat Sumber SMKAP terletak di tingkat 1 dan bersebelahan dengan bilik guru. :-)