Sunday, April 21, 2013



Safee diterima menyertai pasukan bola sepak abangnya, Cik Li dan kawan-kawan! Kini dia menjadi pemain yang 'sebenar' dan tidak perlu kutip bola lagi. Tetapi, kerana masih tadika, Safee cuma dapat bermain dengan pasukannya pada waktu petang. Tanpa apa-apa aktiviti, yang dapat dilakukan, menunggu tiba waktu petang memang membosankan!
Safee dan adiknya, Norli bercadang berlatih sendiri di rumah. Namun, mereka menghadapi ancaman terbesar yang dihadapi semua kanak-kanak di negara ini, iaitu emak suruh pergi kedai!

Dunia ini penuh misteri? Ya. Dunia ini penuh dengan misteri. Fenomena-fenomena alam, tapak, fosil, artifak, dan manuskrip kuno dapat membuatkan kita kagum dan mengundang perasaan tidak keruan. Kita pasti tertanya-tanya, mengapa, dan bagaimana fenomena-fenomena ini berlaku. Apa sebenarnya dalam fikiran masyarakat, para cendekiawan, dan aristokrat pada masa itu. Segala peninggalan mereka seolah-olah meninggalkan pesanan dan jejak misteri kepada generasi berikutnya supaya dikaji dan dirungkai. Berpandukan buku ini, penulis berkongsi pemikiran dan menambah sedikit sebanyak ilmu daripada beberapa sumber sudut pandang yang cukup berwibawa dan dapat dipertanggungjawabkan secara keilmuannya. Selain daripada itu, buku ini juga dapat menjadi bahan penambahan sudut pandang yang penulis ketahui dan fahami. Buku 50 Misteri Menggemparkan Dunia ini turut dihidangkan dengan filem-filem, foto, dan gambar berwarna yang menakjubkan. Bagi memudahkan pembacaan, buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu: Bahagian 1: Fenomena alam yang penuh misteri. Bahagian 2: Tapak, artifak, dan fosil penuh misteri. Bahagian 3: Kejadian luar biasa dalam kita suci dan bukti ilmiah kebenaran Al-Quran.

Tuesday, April 16, 2013

Majlis Hari Anugerah SMK Alor Pongsu akan di adakan pada 18 April 2013 bersamaan hari Khamis bagi memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang cemerlang dalam SPM, PMR dan peperiksaan juga pentaksiran yang telah dijalankan.