Wednesday, April 18, 2012

Teknik Belajar : Peta Minda



Peta minda merupakan satu alat yang sangat bermakna kepada mereka yang benar - benar faham dan pernah menggunakannya. Peta minda boleh digunakan untuk pelajar belajar dan mengulangkaji pelajaran. Peta minda juga merupakan satu alat untuk mencetuskan idea, mencari penyelesaian sesuatu masalah, mengkelaskan dan memastikan perkaitan sesuatu perkara dengan perkara yang lain dan berbagai - bagai lagi. Nak jadi pelajar cemerlang? Belajar teknik peta minda dan yang paling penting faham cara hendak menggunakannya, bukan menyalin sahaja maklumat tanpa menghayatinya...:-)

Gerhana Bulan



Gerhana bulan merupakan satu fenomena yang menakjubkan apabila kita mengkaji ilmu astrologi dan berkait rapat dengan ilmu - ilmu sains yang lain. Bagi cikgu, ia mengingatkan kita berkenaan kitaran dan gelombang. Banyak perkara di sekitar kita bertindak dalam satu kitaran atau pola - pola tertentu tanpa kita sedari. Apabila kita faham konsep kitaran, pengulangan dan pertindihan, kita boleh aplikasikannya pada lapangan ilmu yang tidak berkisar tentang sains sahaja seperti warna dan garisan dalam pendidikan seni, sistem asas nombor 2, 5 dan seterusnya, graf sin dan kos juga susunan nota muzik yang terdiri daripada 7 kod serta susunan genetik bagi manusia,... subhanallah..

Tuesday, April 17, 2012

Kirigami boek 5

Berkait dengan post sebelum ini, Kirigami merupakan satu teknik lipatan kertas yang menghasilkan bentuk - bentuk tertentu yang selalunya simetri. Teknik ini digunakan juga dalam menghasilkan kad pop out 3 dimensi yang mengangumkan.


KIRIGAMI

Kirigami (切り紙?) is a variation of origami that includes cutting of the paper (from Japanese "kiru" = to cut, "kami" = paper). It is also called "Kirie" (切り絵). From "Kiru"= to cut, "e"= picture.

Typically, kirigami starts with a folded base, which is then cut; cuts are then opened and flattened to make the finished kirigami. Kirigami are usually symmetrical, such as snowflakes, pentagrams, or orchid blossoms.

Mon-Kiri is the Japanese art of paper cutting.