Thursday, October 15, 2009

empat alasan

mengapa kamu tidak boleh berasa rendah diri dan bersedih:

1. Orang yang paling mulia ialah mereka yang paling taqwa, bukan kaya, cantik dan bergaya
2. sebaik - baik kekayaan ialah kaya hati
3. Hanya kemuliaan ilmu dan akhlak letaknya kekuatan sebenar peribadi
4. manusia yang berfikiran positif sahaja yang paling bergaya dan hebat


Dipetik daripada buku JOM akhlak (Jalan Orang Mukmin) nukilan juanda jaya. pustaka yamein

Wednesday, October 14, 2009

Kisah Bilal Tua



Sewaktu membelek - belek buku Kemanisan beribadah nukilan Imam Al Ghazali, cikgu teringat kepada seorang hamba Allah yang banyak manfaatnya pada orang lain. Besar rahmatnya cikgu ditemukan dengan lelaki ini. Seorang lelaki tua yang bersemangat waja. Walaupun umurnya telah mencecah 70 tahun lebih, pada kami dia masih kuat dan bersemangat berbanding anak - anak muda kebanyakan. Setiap pagi seawal 5 pagi dia sudah menggunakan kudrat tuanya menolak daun pintu yang tersergam indah. Masjid Al malik Khalid Universiti Sains Malaysia.Seringkali dia menasihati anak muda agar tetap dalam iman dan ibadah. Tidak jemu bertanya jika seseorang individu itu jarang dilihat berjemaah di masjid kebelakangan masa tersebut. Ada yang tidak dapat menerima tegurannya kerana tidak selesa dengan caranya yang agak kasar kerana memang budaya masyarakat mamak iaitu keturunan india muslim berbahasa sedikti kasar. Setiap hari menjelang subuh pasti kedengaran suaranya melaungkan "Allah hu Akhbar!! Allah hu Akhbar!! Vokalnya tidak segah Faizal Tahir, Tidak mendayu seperti Lah V.E. Tapi suara itulah yang melaungkan kalimah suci itu setiap hari tanpa jemu. Dialah pak adam Siak masjid USM, tanpanya masjid USM pasti hilang sebelah kaki!!

Seringkali dia menasihati cikgu mengerjakan solat malam. Supaya kuat berhadapan dengan dugaan. Dia ingatkan cikgu, masalah Allah yang beri, mintalah dia yang beri jawapan. Petunjuk. Ujian Allah itu adalah tanda Allah sayang, mahu mengangkat darjat kita. Mungkin pada pandangan manusia darjat kita sedikit tercalar, tapi apa sangatlah pandangan manusia dibandingkan dengan pandangan Allah.. Pak Adam meminta cikgu melaungkan adzan jika ada kelapangan. Sewaktu itu cikgu rasa berbelah bagi. Layakkah aku menjadi bilal untuk ma'mum yang hebat - hebat, para tahfiz dan orang - orang yang belajar ilmu al quran. Bolehkan cikgu mengawal hati agar boleh betulkan niat, adzan untuk mendapat keredhaan Allah semata - mata bukannya pujian orang, bukannya nak tunjuk suara cikgu lebih sedap. Pitching cikgu lebih tinggi. Bolehkah?? Tapi atas desakan dan pujuk rayu, akhirnya cikgu cuba walaupun pelbagai keresahan bersarang di hati.
Alhamdulillah, Allah benar2 tunjuk secara jelas pada cikgu. semua masalah cikgu selesai.. berakhir kadangkala tanpa cikgu sangka. Malam ini, sewaktu membelek buku kemanisan beribadah, cikgu terjumpa satu ayat, janji Allah SWT " Dan siapakah yang lebih indah perkataannya dari orang yang menyeru ke jalan Allah dan mengerjakan kebaikan."

Cikgu benar2 rindu untuk mendengar laungan adzan pak Adam lagi.. Dan dirinya tetap menjadi salah seorang sumber inspirasi cikgu. Ingin mencontohi semngatnya. Ingin menjadi sekental dirinya. Ingin menjadi istiqamah seperti dia... yang sentiasa tersenyum.. dan terus menyinari hidup orang lain dengan suaranya walaupun sumbang, dengan tenaganya walaupun tua dan dengan peribadinya yang mulia.... Ameen...