mengapa kamu tidak boleh berasa rendah diri dan bersedih:
1. Orang yang paling mulia ialah mereka yang paling taqwa, bukan kaya, cantik dan bergaya
2. sebaik - baik kekayaan ialah kaya hati
3. Hanya kemuliaan ilmu dan akhlak letaknya kekuatan sebenar peribadi
4. manusia yang berfikiran positif sahaja yang paling bergaya dan hebat
Dipetik daripada buku JOM akhlak (Jalan Orang Mukmin) nukilan juanda jaya. pustaka yamein
Thursday, October 15, 2009
Wednesday, October 14, 2009
Kisah Bilal Tua

Sewaktu membelek - belek buku Kemanisan beribadah nukilan Imam Al Ghazali, cikgu teringat kepada seorang hamba Allah yang banyak manfaatnya pada orang lain. Besar rahmatnya cikgu ditemukan dengan lelaki ini. Seorang lelaki tua yang bersemangat waja. Walaupun umurnya telah mencecah 70 tahun lebih, pada kami dia masih kuat dan bersemangat berbanding anak - anak muda kebanyakan. Setiap pagi seawal 5 pagi dia sudah menggunakan kudrat tuanya menolak daun pintu yang tersergam indah. Masjid Al malik Khalid Universiti Sains Malaysia.Seringkali dia menasihati anak muda agar tetap dalam iman dan ibadah. Tidak jemu bertanya jika seseorang individu itu jarang dilihat berjemaah di masjid kebelakangan masa tersebut. Ada yang tidak dapat menerima tegurannya kerana tidak selesa dengan caranya yang agak kasar kerana memang budaya masyarakat mamak iaitu keturunan india muslim berbahasa sedikti kasar. Setiap hari menjelang subuh pasti kedengaran suaranya melaungkan "Allah hu Akhbar!! Allah hu Akhbar!! Vokalnya tidak segah Faizal Tahir, Tidak mendayu seperti Lah V.E. Tapi suara itulah yang melaungkan kalimah suci itu setiap hari tanpa jemu. Dialah pak adam Siak masjid USM, tanpanya masjid USM pasti hilang sebelah kaki!!
Seringkali dia menasihati cikgu mengerjakan solat malam. Supaya kuat berhadapan dengan dugaan. Dia ingatkan cikgu, masalah Allah yang beri, mintalah dia yang beri jawapan. Petunjuk. Ujian Allah itu adalah tanda Allah sayang, mahu mengangkat darjat kita. Mungkin pada pandangan manusia darjat kita sedikit tercalar, tapi apa sangatlah pandangan manusia dibandingkan dengan pandangan Allah.. Pak Adam meminta cikgu melaungkan adzan jika ada kelapangan. Sewaktu itu cikgu rasa berbelah bagi. Layakkah aku menjadi bilal untuk ma'mum yang hebat - hebat, para tahfiz dan orang - orang yang belajar ilmu al quran. Bolehkan cikgu mengawal hati agar boleh betulkan niat, adzan untuk mendapat keredhaan Allah semata - mata bukannya pujian orang, bukannya nak tunjuk suara cikgu lebih sedap. Pitching cikgu lebih tinggi. Bolehkah?? Tapi atas desakan dan pujuk rayu, akhirnya cikgu cuba walaupun pelbagai keresahan bersarang di hati.
Alhamdulillah, Allah benar2 tunjuk secara jelas pada cikgu. semua masalah cikgu selesai.. berakhir kadangkala tanpa cikgu sangka. Malam ini, sewaktu membelek buku kemanisan beribadah, cikgu terjumpa satu ayat, janji Allah SWT " Dan siapakah yang lebih indah perkataannya dari orang yang menyeru ke jalan Allah dan mengerjakan kebaikan."
Cikgu benar2 rindu untuk mendengar laungan adzan pak Adam lagi.. Dan dirinya tetap menjadi salah seorang sumber inspirasi cikgu. Ingin mencontohi semngatnya. Ingin menjadi sekental dirinya. Ingin menjadi istiqamah seperti dia... yang sentiasa tersenyum.. dan terus menyinari hidup orang lain dengan suaranya walaupun sumbang, dengan tenaganya walaupun tua dan dengan peribadinya yang mulia.... Ameen...
Monday, August 3, 2009
Jamuan pusat sumber smkap 2009
Jamuan pusat sumber smkap diadakan secara kejutan oleh pengawas pusat sumber bagi menyambut kepulangan cikgu Rosman selaku guru penyelaras media setelah berkursus selama sebulan di IPG Tuanku Bainun. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan dan setinggi - tinggi syukur kehadrat Illahi kerana dikurniakan nikmat ini, kasih sesama insani.
Thursday, July 30, 2009
motivasi anak cara positif

Buku ini merupakan sebuah lagi hasil nukilan Tengku Asmadi yang sangat berkualiti.
Ingin cikgu sentuh disini berkenaan satu isu yang diutarakan, doa seorang ibu.
Diceritakan ada seorang ibu yang telah cuba sedaya upaya untuk mengubah anaknya. Sudah berbuih mulut menegur, sudah letih cuba mengubah anaknya. Hantar ke kem motivasi, bagi minum air jampi pendek kata berbagai usaha dan tak terkira wang yang mengalir demi melihat anaknya berubah sikap. Hati si ibu remuk apabila menangkap anaknya ponteng dan bersuka ria di cyber cafe.
Ketika sampai di rumah, si anak menyiapkan diri untuk mendengar leteran si ibu, marahan dan keluhan si ibu. Tetapi si ibu terlalu sedih sehingga berlalu tanpa kata, berwudhuk, masuk ke bilik dan bersolat. Di dalam doanya yang panjang dan penuh syahdu dia meminta agar Allah mengubah hati anaknya. Anaknya yang berasa hairan mengapa ibunya meninggalkannya terpinga - pinga di ruang tamu dan tidak memarahinya seperti biasa pergi mencari ibunya. Ketika menghampiri ibunya yang sedang sujud, dia mendengar ibunya mendoakannya dalam esakan yang penuh harapan dan kasih sayang. Hati anak mana yang tidak lebur dan sejurus air matanya menitis lalu terus mengemis keampunan dari ibunya. Selepas peristiwa tersebut, anak tersebut terus berubah dan akhirnya mendaki puncak kejayaan.
Bahagian ini benar2 membuatkan cikgu tersentak. Bukan tidak tahu, bukan tidak lakukan cuma kadangkala kurang penghayatan. Kadangkala akibat rasa marah, tak sedar terbit rasa benci. Kadangkala kita terlalu berfikir untuk mengubah dan bertarung ego sehingga terlupa mendoakan. Menunjukkan rasa kasih. Buat anak2, sedarlah doa ibu itu keramat. bahagiakanlah hati seorang ibu kerana cikgu berani jamin kamu pasti merasai nikmat yang menenangkan..
Sunday, July 26, 2009
Tahniah dan teruskan usaha

Ketika melayari eduwebtv.com iaitu webtv rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, cikgu tersentak kerana melihat pelajar sekolah kita, SMK Alor Pongsu dari kelas 2A5, Abdul Aziz bin Omar ditemuramah dalam satu program kesihatan negeri pulau pinang. Tambah membanggakan, Abdul Aziz juga merupakan pengawas pusat sumber smkap. Diharap dapat terus mengharumkan nama sekolah dan mengimbangkan kedua - dua belah sisi, akademik dan kokurikulum.
Dibawah ini cikgu masukkan video yang telah diedit dan hanya klik pada butang play untuk mainkan video.
Saturday, July 25, 2009
Motivasi alihan pelajar

Harga : RM 17.50
Cikgu tertarik dengan bahagian Kegagalan pada mukasurat 32. Kegagalan dan kesilapan memberikan kita pengalaman. Berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pemerhatian cikgu, ramai di antara kita yang takut buat silap. Kita dididik dengan prinsip, buat silap mesti dihukum. Buat silap itu kebodohan. Buat silap itu pembaziran. Buat silap itu kegagalan. Sehingga ada yang mula diresapi perasaan perfectionist. Kita tak mahu silap, mahu semuanya sempurna. Memanglah itu lumrah kehidupan. Tetapi, akibat prinsip ini, kita takut untuk memulakan. Takut mencuba. Jadi, kita mengambil sikap tunggu dan lihat.
Sebab itu ramai pelajar bila disuruh buat soalan, mesti nak rujuk buku. Kalau tak bagi buka buku, dia tunggu la diberi jawapan.. bila kita cuba jawab wsalaupun salah, kita belajar. Kita bina pengalaman. Kita dah uji dan dapat kepastian kita dah kuasai bahagian tersebut ataupun tidak..
Jadi, untukpelajar yang bakal menduduki spm dan PMR, cikgu syorkan buatlah soalan yang sebanyak yang mungkin. jangan buka buku. jangan tengok jawapan. dah habis buat baru semak jawapan.
Masa itu emas, jadi janganlah dibazirkan. Gunakanlah peluang yang ada selagi ada..
Saturday, July 18, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)


