Monday, June 20, 2011

Novel Harry Potter terakhir..

Anda telah menonton filem terbaru harry potter, the deathly hallows? Sebenarnya, membaca novel memberi suatu pengalaman yang berbeza kerana kita dapat merasakan perasaan dalaman dan berkongsi fikiran dengan watak utama dengan lebih dekat berbanding terhad kepada ekspresi wajah dan gabung jalin permainan kamera dan muzik. Pelajar - pelajar boleh dapatkan novel ini di pusat sumber SMK Alor Pongsu. Antara kelebihannya adalah pelajar dapat membandingkan di antara novel dalam bahasa melayu dan inggeris bagi mempelajari teknik menggambarkan suatu situasi yang sama dalam bahasa yang berbeza.

No comments:

Post a Comment